Hari ni, sepanjang perjalanan ke rumah mak, terlihat sahaja kereta toyota vios hitam, malaiqa akan kata..daddy...ummie..daddy...nak tut (ikut) daddy...nak tut daddy...mie, daddy...
Malaiqa, ummie tahu, malaiqa rindukan daddy, Mehdina kalau boleh cakap, dia pun akan cakap rindukan daddy..Ummie pun rindukan daddy juga...
Ummie selalu pujuk malaiqa, daddy cari rezeki untuk kita malaiqa...bila kita ada free time, kita jumpa daddy k..Malaiqa seakan faham apa yang cuba disampaikan...Malaiqa hanya budak berumur 2 tahun 5 bulan... apa la yang dia tahu...semua benda, perkara.tempat yang pernah daddy pergi atau apa yang daddy pakai, pada Malaiqa semuanya hak daddy...semua daddy punya...
Pada daddy, ummie nak pesan, jgn risaukan anak2...Insyaallah. ummie akan jaga dan didik mereka dengan baik. jgn lupa solat, Ingat Allah, Ingat kita sekeluarga.. ok daddy sayang..Semua sayangkan daddy...nnt ummie tulis lagi..selamat malam....Assalamualaikum....